suria

Najib, Ahli Parlimen Terima Kunjungan Peserta Mantap

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad bergambar bersama para peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) pada majlis penyerahan peserta Mantap ke-5 kepada anggota-anggota Parlimen di Seri Perdana pada Ahad malam. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional malam ini menerima kunjungan peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Ke-5 di Seri Perdana di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Mantap Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Samad.

Sejumlah 89 peserta dipilih untuk mengikuti Program Mantap pada tahun ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada para mahasiswa dalam hal ehwal berkaitan Parlimen Malaysia.

Pelajar dari Universiti Malaysia Sabah Noorhazana Samsuddin merupakan intern kepada perdana menteri manakala pelajar dari Kolej Universiti Islam Melaka Muhammad Yusuf Abdul Ghani merupakan intern kepada timbalan perdana menteri.

Razali, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata program Mantap yang dimulakan sejak 2011 mendapat sambutan memberangsangkan daripada peserta dengan 550 permohonan diterima pada tahun ini.

Melalui program itu, katanya, para peserta diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai aspek termasuk pengucapan awam serta hias diri selain pendedahan proses penyediaan bajet.

Beliau berkata program Mantap menghasilkan keputusan yang baik dan perdana menteri amat gembira dengan empat program Mantap sebelum ini.

"Menjadi harapan saya agar semua peserta akan belajar dan menimba ilmu sepanjang 45 hari ini ketika menjalani latihan amali dengan anggota parlimen," katanya kepada Bernama ketika ditemui.

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain