suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minggu Depan Parlimen Akan 'Panas', Tapi Kami Sudah Bersedia - TPM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAKUN: Menteri kabinet dan Barisan Nasional sudah bersedia untuk berdepan dengan 'kehangatan' sesi Parlimen yang akan bermula Isnin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Ahmad Zahid berkata kerajaan menjangkakan pembangkang akan memainkan isu-isu semasa yang panas seperti 1Malaysia Development Bhd.

"Kita tahu mereka (pembangkang) akan mengambil beberapa isu bagi meningkatkan kontroversi.

"Kita sudah bersedia untuk memberi jawapan kepada mereka dan berharap mereka bersedia menerima jawapan kita.

"Bagaimanapun mereka sudah tentu tidak akan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana mereka adalah pembangkang," katanya kepada pemberita semasa melawat Empangan Bakun di tengah Sarawak.

Dr Ahmad Zahid turut melancarkan pembinaan jalan dari Mejaweh ke Belaga dan merasmikan pembukaan SMK Bakun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain