suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal MT Almi Spirit Dirompak Di Selat Singapura

JOHOR BARU: Sebuah kapal, MT Almi Spirit dinaiki enam perompak di Selat Singapura pada Khamis.

Kejadian itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar menerusi catatan akaun twitter beliau.

"ALMI SPIRIT dinaiki 6 perompak di Selat Singapura 7 pagi tadi, dipintas KM Rawa dan Bot Kilat APMM di Tanjung Pelepas Johor," katanya menerusi laman twitter terbabit.

Menurut APMM Wilayah Selatan, sidang akhbar berkenaan kejadian itu akan diadakan pada 1.30 petang ini, di Pejabat APMM Wilayah Selatan, di sini oleh Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Johor Baharu Kepten Maritim Aminuddin Abd Rashid. - BERNAMA

APMM, MT Almi Spirit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MH17: Kedutaan Rusia Kecewa

Artikel Lain