MH17: Kedutaan Rusia Kecewa - Semasa | mStar

MH17: Kedutaan Rusia Kecewa

KUALA LUMPUR: Kedutaan Rusia di sini menolak hasil laporan akhir siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang diumumkan baru-baru ini.

Duta Rusia ke Malaysia, Valery N. Yermolov pada sidang media di pejabatnya di sini pagi Khamis menyuarakan kekecewaan berikutan banyak persoalan yang masih tidak dijawab dalam laporan itu.

Menurut beliau, Rusia tidak terlibat dalam nahas pesawat MH17 walaupun dikatakan menggunakan peluru berpandu BUK buatan negara itu kerana ia bukan lagi pemiliknya sejak 2011.

"Peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 tidak lagi digunakan Rusia dan dilupuskan sejak 2011.

"Peluru yang sama masih digunakan oleh tentera Ukraine dan tentera dalam Kesatuan Soviet lain," katanya.

Pada Selasa lalu, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam laporan akhir siasatannya mengesahkan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK.

Mengulas lanjut, Yermolov berkata, pakar-pakar Rusia belum dapat memeriksa laporan siasatan teknikal nahas MH17.

Beliau turut mendakwa laporan itu tidak telus dan dilakukan DSB secara sulit.

"Kami berulang kali menyuarakan keraguan tentang bagaimana siasatan dijalankan. Malangnya, hingga akhir situasi itu tidak berubah," katanya.

Dalam pada itu, Yermolov berkata, Rusia akan terus bekerjasama dengan Malaysia dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) demi mendapatkan keadilan.

"Bukan sahaja dengan Malaysia tetapi juga negara-negara yang terlibat bagi mendapatkan jawapan berhubung nahas MH17," katanya.

Tragedi MH17 di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia.

MH17 , Rusia , Ukraine , BUK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Santai Ambang Maal Hijrah PPZ MAIWP Meriah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis