Industri Pengangkutan Kecewa Dengan Kenaikan Kadar Tol - Semasa | mStar

Industri Pengangkutan Kecewa Dengan Kenaikan Kadar Tol

PETALING JAYA: Beberapa pihak yang biasa dengan industri pengangkutan tertanya-tanya mengapa kadar tol dinaikkan pada masa ini, ketika nilai ringgit merosot dan ekonomi Malaysia yang tidak menentu. 

Presiden Persatuan Pengusaha Lori Malaysia Jong Foh Jit berkata syarikat-syarikat lori perlu berdepan dengan kos yang lebih tinggi, dan kenaikan itu tidak dialu-alukan.

"Mengapa sekarang?" rungut beliau.

"Semuanya akan naik. Alat ganti, tayar. Projek-projek (untuk lori) menurun, pasaran adalah perlahan...Ini satu lagi beban."

Apabila ditanya sama ada ini bermakna kadar bayaran untuk penggunaan lori akan menjadi lebih tinggi, beliau berkata terpulang kepada syarikat-syarikat lori untuk membuat keputusan mengenai perkara ini.

Jong juga meminta supaya kerajaan mengurangkan kos seperti duti tayar dan cukai jalan bagi pengusaha lori.

Pada Isnin, beberapa syarikat lebuh raya utama yang berpangkalan di Lembah Klang berkata kadar tol akan naik bermula 15 Oktober dan seterusnya.

Pakar pengangkutan Goh Bok Yen berkata, pengguna jalan raya yang tidak mempunyai alternatif kepada lebuh raya ini tidak mempunyai pilihan, melainkan membayar untuk kadar yang lebih tinggi.

"Dan, walaupun anda membayarnya, anda masih berdepan kesesakan," katanya.

Goh berkata, pengangkutan awam bukanlah pilihan kedua yang cukup baik, justeru orang ramai perlu juga menggunakan lebuh raya.

Katanya, mereka yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh, tidak akan banyak merungut tentang kadar baharu berbanding pengguna jarak dekat.

Beliau memberi contoh mereka yang tinggal di kawasan berhampiran pintu tol dan terpaksa melepasinya untuk sampai ke destinasi dituju.

Presiden Fomca Datuk N. Marimuthu berkata kerajaan perlu menjustifikasikan mengapa kadar tol terpaksa dinaikkan pada masa sekarang.

"Ringgit jatuh, peniaga menaikkan harga barang dan jerebu bermakna hasil pengeluar tempatan berkurang," katanya.

Beliau memberi amaran bahawa tindak balas berantai dari segi harga mungkin akan berlaku di sini, dan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji perkara ini sangat diperlukan.

Sementara itu, pengumuman kenaikan itu telah menyebabkan kegemparan di kalangan pengguna media sosial.

@sillellis twitter berkata:

"Seolah-olah kita tidak cukup terbeban. Kenaikan ini berdasarkan apa?? "


Satu lagi pengguna Twitter @euwyn_bassfreak  juga melahirkan kekecewaan dan berkata tidak lagi akan menggunakan lebuh raya DUKE.
kadar tol , tol naik , Fomca

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain