suria

1MDB Minta Tony Pua Henti Kelirukan Orang Ramai

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminta wakil rakyat DAP, Tony Pua supaya tidak terus mengelirukan awam berkaitan syarikat itu.

Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu pada Selasa dimana ia mengkritik Pua sebagai seorang 'pakar segera berkaitan hal teknikal tertentu".

"Adalah penting untuk mengetengahkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) dengan jelas menyatakan...bahawa bank berkenaan telah memutuskan kebenaran yang diperlukan mengikut ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara diperoleh secara tidak tepat atau tidak lengkap dengan maklumat relevan seperti mana penilaian BNM terhadap permohonan 1MDB," kata 1MDB menerusi kenyataan, Selasa.

Sambil menambah, penemuan itu "sangat berbeza" daripada "dakwaan tanpa bukti" oleh Pua, Clare Rewcastle-Brown, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan lain-lain berkaitan penipuan, menggelap wang, mencuri, pengubahan wang haram terhadap 1MDB.

"Pada masa sama, Jabatan Peguam Negara selepas meneliti kertas siasatan dan saranan BNM telah memutuskan bahawa tiada tindakan yang perlu diambil," tambahnya lagi.

BNM dengan jelas memaklumkan mengikut Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah terletak hanya pada Peguam Negara.

Sehubungan itu, kami sarankan Pua supaya memberi tumpuan kepada hal di mana beliau mengambil sikap tidak apa misalnya Rewcastle-Brown terbabit dalam penjualan barangan curi, berdasarkan kenyataan terhadapnya di mana kedua-dua mereka tidak menafikan - "Saya telah maklumkan Tony jika dia tidak bayar, dia akan dilihat sebagai berurusan dengan saya kerana kamu (Justo) mengugut untuk menyiarkannya (mendedahkan kepada awam)," kata 1MDB.

Mereka juga mencadangkan supaya Pua memulakan siasatan bagaimana dokumen siasatan BNM yang sulit menjadi milik portal berita, the Sarawak Report.

"...Atau bagaimana dokumen sulit Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) seperti laporan awal Audit Negara akhirnya jatuh ke tangan penerbitan berita asing, The Wall Street Journal.

"Kami percaya YB Tony Pua akan mengambil langkah sewajarnya," katanya.


Tony Pua, 1MDB, Bank Negara

Artikel Lain