suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr M, Tim Presiden, Naib Presiden Umno & Pemimpin Lain Adakan Sidang Media

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor sedang mengadakan satu sidang media khas dipercayai berhubung isu-isu semasa termasuk penahanan peguam bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Hassan iaitu Matthias Chang.

Chang yang merupakan bekas kakitangan Dr Mahathir kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Sidang yang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana turut dihadiri oleh beberapa pemimpin utama Umno seperti bekas timbalan perdana menteri yang merupakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Selain itu, Dr Mahathir turut ditemani oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Sidang media yang berlangsung selama lebih satu jam itu bermula pukul 11 pagi dan berakhir sekitar pukul 12 tengah hari.

Putrajaya, Umno

Artikel Lain