suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: PDRM Terima Laporan Polis Filipina Hari Ini

KUALA LUMPUR: Laporan siasatan berhubung dakwaan penemuan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Filipina dijangka diperoleh pada hari ini (Isnin).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara berkenaan secara ringkas ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan waktu laporan berkenaan akan diterima daripada pihak berkuasa Filipina.

Pada Ahad, Khalid berkata pihak berkuasa Filipina sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi bangkai pesawat itu dikatakan ditemui.

Sabtu lepas, seorang individu bernama Jamil Omar membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan mendakwa ibu saudaranya itu menemui banyak rangka manusia di dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178cm panjang dan 89cm lebar.

Pesawat MAS MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

MH370, MAS, Filipina

Artikel Lain