suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abu Kassim Kembali Bertugas Pada Selasa

Abu Kassim Mohamed

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan kembali bertugas pada Selasa selepas bercuti sakit susulan pembedahan dua bulan lepas.

Beliau bagaimanapun dinasihatkan oleh doktor supaya tidak bekerja sepenuh masa selama sebulan selepas pembedahan itu.

"Menurut doktor, sakit ini mengambil tempoh selama tiga bulan untuk pemulihan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM pada Isnin.

Kenyataan itu memetik Abu Kassim sebagai bercakap kepada pemberita pada  Majlis Paluan Berundur dan Majlis Persaraan Bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Sri Zakaria Jaafar di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini.

Abu Kassim berkata beliau akan kembali bertugas lebih awal walaupun cuti sakitnya berakhir Jumaat ini.

"Ada perkara yang telah dimulakan, jadi saya perlu selesaikan," katanya.

Abu Kassim telah menjalani pembedahan pada 7 Ogos lalu dan dibenarkan keluar daripada hospital pada 15 Ogos.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali.

Pada majlis itu, Zakaria turut memperkenalkan buku terbaharunya berjudul 'Man Ana: Memoir Tokoh Pembangunan SPRM'.

Abu Kassim Mohamed, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain