suria

Adun DAP Letak Jawatan Ketua Pembangkang Johor

Dr Boo Cheng Hau

JOHOR BARU: Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Skudai Dr Boo Cheng Hau pada Isnin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sehari selepas kekalahannya dalam pemilihan barisan jawatankuasa DAP negeri.

Beliau berkata surat peletakan jawatannya dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Mohamad Aziz, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta Setiausaha DAP negeri Gan Peck Cheng.

Dr Boo berkata keputusan itu diambil selepas beliau gagal mempertahankan jawatannya dalam jawatankuasa DAP negeri di Batu Pahat semalam.

Beliau menganggotai Jawatankuasa DAP negeri sejak tahun 1995 dan mengetuai jawatankuasa itu dari tahun 2005 hingga tahun lepas sebelum ditewaskan oleh Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong.

Sementara itu ketika dihubungi, Mohamad mengesahkan menerima surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang itu yang dihantar kepada jurutulisnya.

Beliau turut menjelaskan kedudukan Dr Boo sebagai ADUN Skudai tidak terjejas.

Dr Boo Cheng Hau, DAP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain