suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Vernakular Dikekalkan: PM

KUALA LUMPUR: Ia bertentangan dengan dasar Barisan Nasional (BN) untuk mempunyai sistem pendidikan satu aliran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menegaskan walaupun terdapat segelintir pihak mahu menghapuskan sekolah vernakular Cina dalam usaha untuk mewujudkan sekolah satu aliran, ia bertentangan dengan dasar BN untuk berbuat demikian.

"Ini tidak diputuskan saya. Ia diputuskan oleh nenek moyang negara kita," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA ke-62 di sini, Ahad.

Najib berkata BN mempertahankan dasar pelbagai budaya, etnik dan agama serta menolak segala bentuk ekstremisme.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa MCA adalah rakan kongsi bisu.

Najib pada masa sama memuji hala tuju MCA di bawah kepimpinan Presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempunyai hubungan baik dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Katanya, MCA bekerja mengikut sistem yang betul sekali gus lebih berkesan berbanding hanya pandai 'bersuara di luar'. 

"Anda lebih dihormati dan kita perlu teruskan dengan cara ini," katanya.


Artikel Lain