suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Ankara - PM

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan dalam serangan bom di Ankara, Turki semasa perhimpunan aman pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sedih insiden itu telah menyebabkan kehilangan nyawa apabila berita asing melaporkan 97 orang terbunuh setakat ini.

"Adalah penting sentiasa menghormati hak orang lain untuk berhimpun secara aman berdasarkan peruntukan undang-undang.

"Tiada siapa pun yang boleh melakukan keganasan hanya kerana anda tidak berkongsi pandangan yang sama. Ingatan dan doa saya kepada keluarga mangsa yang terlibat," katanya dalam laman Facebook rasminya pada Ahad.

Agensi berita Reuters memetik pembangkang Turki, Parti Rakyat Demokratik (HDP) yang pro-Kurdish mengatakan bahawa angka kematian dalam serangan bom berkembar pada perhimpunan aktivis di ibu negara Ankara meningkat kepada 97.

Ankara, letupan bom, Najib Tun Razak

Artikel Berikut

Artikel Lain