suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Culik Kajang: Empat Ditahan, Wang Tebusan Ditemui

SHAH ALAM: Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Kajang pada Jumaat.

Empat suspek termasuk seorang pemandu teksi yang menghantar mangsa pulang ke rumah, ditahan kurang 24 jam selepas kejadian itu menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis turut menjumpai semula wang tebusan berjumlah RM300,000.

Kanak-kanak itu kembali ke pangkuan keluarganya selepas diculik selama lapan jam dan kehilangannya menjadi viral di laman media sosial.

Mangsa dilaporkan diculik dihadapan ibunya yang ketika itu mahu mengambil kanak-kanak itu di depan tadika di Sungai Chua, Kajang.

wang tebusan, culik, Kajang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain