suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rabies: Pulau Pinang Batal Perintah Bunuh Anjing Liar

GEORGE TOWN: Pulau Pinang membatalkan perintah pembunuhan anjing liar kerana negeri itu sudah bebas daripada wabak penyakit anjing gila, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang dikeluarkan pada 25 September lalu telah dibatalkan berkuatkuasa Jumaat.

"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bahawa kes terakhir di Pulau Pinang adalah pada 21 September.

"Perlis telah mengenal pasti sejumlah 20 anjing yang dijangkiti penyakit anjing gila pada masa ini, Kedah (18 anjing) manakala di Pulau Pinang hanya empat anjing walaupun memiliki penduduk yang ramai.

"Kami merasakan situasi dalam keadaan terkawal dan membatalkan perintah tersebut," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perintah vaksinasi terhadap semua anjing peliharaan masih beroperasi dan semua pemilik dinasihatkan untuk berbuat demikian.


rabies, Pulau Pinang, Lim Guan Eng

Artikel Berikut

Pensyarah UPSI Maut Kemalangan

Artikel Lain