suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Matthias Akan Cabar Penahanannya Di Bawah Sosma

Matthias Chang (kanan) bersama Datuk Seri Khairuddin Hassan.
PETALING JAYA: Matthias Chang akan mencabar penahanannya selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Salah seorang peguamnya, Haniff Khatiri yang bertemu pemberita selepas bertemu anak guamnya di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Jumaat berkata penahanan Chang sah telah dilanjutkan selama 28 hari, berakhir pada 6 November, jam 2.45 petang.

"Kami sedang menyediakan dokumentasi, kita akan mendapatkan afidavit esok. Insya-Allah, ia akan ditandatangani esok.

"Kami akan memfailkannya seawal pagi Isnin apabila mahkamah dibuka dan akan melihat jika kes itu dapat ditetapkan pada hari yang sama dengan permohonan Datuk Seri Khairuddin Hassan," kata beliau.

Haniff berkata Chang berada dalam semangat yang tinggi dan bekerjasama dengan pegawai polis.

Beliau menambah  tidak ada sebab untuk polis terus menahan Chang tetapi mereka akan mengendalikan kes anak guam mereka ini  di mahkamah.

"Matthias masih melancarkan mogok lapar tetapi dalam semangat yang tinggi.

"Dia berpakaian oren dan kelihatan seperti seorang penyokong pasukan Belanda," seloroh Haniff.

Pada Khamis, Chang ditahan ketika melawat anak guamnya bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Hassan di Balai Polis Dang Wangi.

Khairuddin ditahan di bawah Sosma selepas membuat beberapa laporan di luar negara, termasuk Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong, terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB pada 12 Disember tahun lalu berikutan laporan dalam media tempatan dan antarabangsa yang menunjukkan kelemahan dalam pengurusan syarikat itu.
Sosma, Matthias Chang, 1MDB

Artikel Lain