suria

Pemandu Teksi Tangkap Pemandu Uber, Grabcar Sekitar KLCC

Datuk Shamsubahrin Ismail
KUALA LUMPUR: Pemandu teksi di sekitar KLCC kini membuat tangkapan terhadap pemandu-pemandu Uber dan GrabCar yang mengambil dan menurunkan penumpang di kawasan mereka.

Pengasas syarikat Teksi Premium Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pemandu-pemandunya telah menangkap kira-kira tujuh pemandu di sini, sejak dua hari lalu.

"Kita mula melakukan operasi secara aktif dan menangkap lebih daripada tujuh pemandu Uber dan GrabCars dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui The Star, di sini.

Dalam sidang akhbar selepas itu, beliau menjelaskan bahawa daripada tujuh pemandu Uber dan GrabCar yang ditangkap pemandu teksi KLCC, tiga telah diserahkan kepada pihak polis.

Beliau menambah bahawa 'operasi' itu, yang bermula dua hari lepas, dijalankan sendiri oleh kira-kira 100 pemandu teksi KLCC.

Shamsubahrin berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak berkesan dalam menghentikan Uber atau GrabCar, justeru pemandu teksi terpaksa menanganinya dengan cara mereka sendiri.

"Uber, GrabCar, mereka tidak takut dengan SPAD ... Pemandu teksi telah hilang rasa hormat kepada SPAD," katanya.

SPAD berkata, mereka masih boleh mencari jalan untuk mengawal selia perkhidmatan Uber di sini bukannya melarang mereka secara terang-terangan.

Artikel Lain