Kedua-duanya yang berusia 19 dan 25 tahun ditahan di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim pada pukul 4 petang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatarash Wahid pihak polis akan mendapat perintah reman ke atas dua-duanya yang bekerja sebagai mekanik dan pemasang pendingin hawa.
Suspek dilapor marah kepada pegawai penguat kuasa wanita berkenan kerana mengunci tayar kereta mereka yang diletakkan di garisan kuning di Lebuh Campbell pada Rabu lalu.
Tindakan mereka ke atas pegawai tersebut menjadi viral di media sosial sejak semalam.


