suria

Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 24 Oktober

KOTA KINABALU: Fasa ke-28 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjut  mulai Jumaat hingga 24 Oktober, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Ia berkuat kuasa dari pukul 7 malam hingga 5 pagi membabitkan kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinababatangan, Sandakan dan Beluran.

Ia meliputi perairan Pulau Gulisan, Tanjung Bidadari, Pulau Tambisan, Silam, Tungku, Pulau Adal, Alice Reef, Timbun Mata, Kalumpang, Batuan Unarang, Pelabuhan (Tawau), Wallace Bay, Jambongan, Timur Jambongan, Barat Daya Pulau Lihinan, Pulau Pundaras, Torongohok, Pura-Pura dan Kuala Sugut.

Jalaluddin berkata perintah berkurung dilanjutkan berikutan masih terdapat ancaman daripada kumpulan penculikan dan pihak yang mahu menceroboh untuk melakukan jenayah rentas sempadan, di samping ia bagi menjamin keselamatan penduduk di ESSZone.

Esszaone

Artikel Berikut

Awas Denggi Selepas Jerebu

Artikel Lain