suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aplikasi 'Doctor2U' Bantu Beri Akses Doktor Kepada Pesakit

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: BP Healthcare Group, penyedia penjagaan kesihatan swasta, pada Rabu melancarkan aplikasi penjagaan kesihatan Uber mudah alih, Doctor2U.

Aplikasi itu boleh diakses oleh sesiapapun bagi mendapatkan seorang doktor rakyat Malaysia yang bertauliah melalui iPhone dan peralatan mudah alih Android, dalam tempoh kurang daripada 60 minit.

Pengasas aplikasi dan naib presiden IT BP Healthcare Group, Garvy Beh berkata dengan mengembalikan semula teknik panggilan dari rumah secara tradisional dan menggabungkannya dengan teknologi mudah alih, ia mengoptimumkan khidmat penjagaan kesihatan dalam tahap berbeza.

"Kami mempunyai panel pakar dan pegawai perubatan berlesen bagi membantu  merawat pesakit dan memberikan perhatian segera dan jika perlu bagi kes kritikal, Doctor2U akan memasukkan pesakit ke hospital.

"Hanya dengan menekan butang pada telefon bimbit, anda mendapat khidmat kesihatan yang diberikan sehingga ke halaman rumah anda," katanya dalam satu kenyataan.

Doctor2U boleh didapati pada bila-bila masa dengan caj yang dikenakan pada kadar tetap RM300 mulai (8 pagi hingga 8 malam) dan RM500 (8 malam hingga 8 pagi) bagi setiap permintaan.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman web aplikasi berkenaan di www.doctor2u.my.
aplikasi, Doctor2U, doktor bergerak

Artikel Sebelum

Artikel Lain