suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewan Rakyat Mula Bersidang 19 Oktober

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Sidang Parlimen Ke-13 akan berlangsung selama 25 hari mulai 19 Oktober ini.

Parlimen dalam satu kenyataan di sini pada Rabu berkata pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan diadakan pukul 4 petang, pada hari Jumaat, 23 Oktober ini.

"Hari persidangan Dewan Rakyat ialah dari 19 Oktober sehingga 3 Disember depan," kata kenyataan itu.

Dewan Negara pula akan bersidang selama 10 hari bermula pada 7 Disember sehingga 22 Disember depan.

"Waktu persidangan ialah dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 2.30 petang hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis," kata kenyataan itu.
Parlimen, Dewan Rakyat, persidangan

Artikel Sebelum

Artikel Lain