suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peperiksaan UPKK Subjek Adab I, II Ditangguh - KP Jakim

Othman Mustapha.

KUALA LUMPUR: Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek ADAB I dan II yang dijadual pada Rabu, ditangguhkan ke satu tarikh dimaklumkan kemudian.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata ia susulan pengumuman penutupan sekolah di daerah Langkawi oleh Kementerian Pendidikan pada Selasa.

"Maka, pelaksanaan peperiksaan UPKK kepada 207,343 calon yang diselaraskan JAKIM di seluruh negara bagi kedua-dua subjek itu esok, adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian," katanya dalam kenyataan malam Selasa.

Beliau berkata semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diharap dapat mengambil tindakan segera terhadap arahan terbaru itu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Selasa, mengumumkan semua sekolah di seluruh negara dibuka seperti biasa pada Rabu kecuali Langkawi yang masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Setakat 7 malam Selasa, bacaan IPU dicatatkan di Langkawi ialah 158. - BERNAMA

Jakim, UPKK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain