suria

Kilang Proses Minyak Oleo Terbakar, 22 Cedera

KUALA LUMPUR: Seramai 22 pekerja sebuah kilang memproses minyak Oleo cedera ketika cuba menyelamatkan dalam kebakaran di kawasan Perindustrian Kundang, dekat sini petang Selasa.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.45 petang dan empat jentera bomba tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, kami mendapati api merebak ke bahagian bumbung di ikuti beberapa bunyi letupan yang memusnahkan peralatan di dalam kilang terbabit," katanya.

Beliau berkata kilang yang berkeluasan 30 X 120 kaki persegi itu terbakar kira-kira 70 peratus dan jumlah kerugian dianggarkan RM1 juta.

Bagaimanapun katanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. - BERNAMA

minyak Oleo, kebakaran

Artikel Lain