suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu: Indonesia Perlu Beri Pampasan

GEORGE TOWN: Kerajaan Malaysia wajar menuntut pampasan daripada kerajaan Indonesia terhadap kerugian yang dialami oleh sektor perniagaan dan pelancongan akibat masalah jerebu yang melanda negara ini.

Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata saban tahun Malaysia menghadapi masalah jerebu yang berpunca dari Indonesia dan sehingga kini masalah itu masih belum berjaya diselesaikan.

Katanya keadaan udara yang kembali berjerebu setiap tahun menyebabkan perniagaan oleh penjaja merosot sehingga 30 peratus, kos perubatan meningkat serta sekolah terpaksa ditutup dan jumlah kedatangan pelancong menurun.

"Saya fikir kita perlu meminta mereka (kerajaan Indonesia) memberi pampasan.

Bagaimanapun, kos kerugian sebenarnya sukar ditafsirkan," katanya.

Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian kepada pemberita pada majlis perhimpunan pesta kuih bulan/tanglung di sini, Ahad malam.

Jerebu sekali lagi 'menyelubungi' dan mencemari ruang udara Malaysia dan Singapura, berikutan aktiviti pembakaran hutan untuk tanaman kelapa dan pulpa di beberapa wilayah di Indonesia, antaranya Sumatera, Kalimantan dan Riau.

Jerebu, Indonesia

Artikel Lain