suria

Dua Rakyat Malaysia Mangsa Culik Selamat - Nur Jazlan

Thien Nyuk Fun (kiri) dan Bernard Then Ted Fen merupakan mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf.

SEMPORNA: Dua rakyat Malaysia yang diculik oleh kumpulan pemberontak Abu Sayyaf masih selamat, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Usaha untuk membebaskan kedua-dua mangsa culik tersebut sedang dijalankan dan apa yang lebih penting adalah mereka masih selamat," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai nasib Thien Nyuk Fun, 50, dan Bernard Then Ted Fen, 39, dua mangsa yang diculik kumpulan bersenjata itu di restoran makanan laut Ocean King, dekat Sandakan pada 14 Mei lalu.

Kedua-duanya dilaporkan sedang ditahan di sebuah pulau di selatan Filipina.

Turut dilaporkan bahawa "sejumlah besar wang tebusan" dituntut bagi membebaskan mereka.


Artikel Lain