suria

Gangguan Bekalan Air Di Klang/Shah Alam, Petaling Dan Hulu Langat

KUALA LUMPUR: Bekalan air di 136 kawasan di tiga wilayah iaitu Klang/Shah Alam, Petaling dan Hulu Langat terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air di situ.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air  Selangor (Syabas) Priscilla Afred berkata gangguan bekalan air di Petaling akan bermula dari pukul 9 malam pada 6 Oktober sehingga 6 pagi, 7 Oktober.

Menurutnya, sebanyak 19 kawasan terlibat iaitu Kampung Merbau Sempak; Kampung Kubu Gajah; Paya Jaras; Sungai Plong; Penjara Sungai Buloh; Bandar Baru Sungai Buloh; Subang Hijauan U5; Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Selamat.

Turut terjejas Damansara Damai; Desa Aman; Sierramas; TSB Komersil; Ladang Baru; Saujana Utama; Kampung Baru Subang; Prima Damansara; Saujana Damansara dan Hospital Kusta.

"Ini berikutan kerja mengeluarkan mesin 'hot tapping' yang mengalami masalah teknikal," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Selain itu, Priscillia berkata gangguan bekalan air di Klang/Shah Alam yang bermula pada 7 Oktober berlaku dari 9 malam hingga 4 petang keesokannya berikutan kerja penggantian injap kupu-kupu di kawasan tersebut.

Ia membabitkan 42 kawasan iaitu di Bandar Klang Utara; Taman Pelangi Indah; seluruh Kawasan Batu Belah; seluruh kawasan Sungai Putus; Batu 1 hingga Batu 3 Jalan Meru termasuk Taman Bukit Raja; Taman Pasar Baru; Taman Orkid; Taman Sentosa; Taman Sri Pinang; Taman Muhibbah; Taman Mutiara dan Taman Sri Pekan.

Gangguan bekalan air turut berlaku di Taman Jaya, Klang; Taman Saga, Klang; Taman Intimewa; Taman Bahagia; Batu 1 hingga Batu 9 Jalan Kapar termasuk Kampung Batu 3; seluruh Kampung Rantau Panjang; Taman Cempaka Sari; Taman Klang Utama; seluruh kawasan Perindustrian Sungai Puloh; Taman Sementa dan seluruh kawasan Perepat.

Selain itu, seluruh kawasan perumahan dan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman; Pelabuhan Utara; Taman Industrial Park; Jalan Limbungan; Jalan Syahbandar; Jalan Pelabuhan Utara; Sungai Sireh; Seri Perantau; Kampung Keretapi; Perdana Industrial Park; Kawasan Perindustrian Bukit Rajah Maxharta; Bandar Baru Klang dan Pusat Perniagaan Maxharta Seksyen 7.

Turut terlibat premis kritikal iaitu Pelabuhan Utara, Hospital KPJ, Bandar Baru Klang; Pusat Dialisis Al-Hijrah, Jalan Keluli AK7/AK Bukit Rajah; Pertubuhan Hemodialisis Pasar Besar Meru, HD Unit, Batu 1 Jalan Meru; Pusat Dialisis Mesra, Jalan Kapar dan Pusat Dialisis Mais, Kapar.Sementara itu, gangguan bekalan air di Hulu Langat melibatkan 75 kawasan ekoran kerja penggantian 'Flow Meter' di Loji Rawatan Air Sungai Langat.

Gangguan bermula dari 9 malam 13 Okt hingga 8 pagi keesokannya dan kawasan yang terjejas ialah Taman Kota Cheras; Taman Rasa Sayang; Taman Sri Aman; Taman Cheras Mas; Taman Lagenda Mas 1 dan 2; Taman Tun Perak; Bandar Tun Hussein Onn; Taman Beringin, Sutera Residence dan Taman Puncak Perdana.

Selain itu, ialah Bandar Sungai Long; Taman Sutera; Maktab Polis Batu 9; Taman Sri Kenari; Country Height; Taman Prima Saujana; Taman Koperasi Maju Jaya; Taman Sri Minang; Taman Desa Budiman; Taman Ikhlas; Taman Makmur; Taman Rakan; Taman Bukit Permai dan Taman Cheras Perdana.

Turut terlibat Batu 10 (Jalan Puyuh, Jalan Cecawi, Jalan Balam, Jalan Nuri); Taman Damai Indah; Taman Murni; Taman Megah dan Taman Megah 2; Taman Sri Cheras; Taman Sri Cheras Jaya; Bukit Dukong; Jalan Suasana Seksyen 1B, Bandar Tun Hussein Onn; Taman Delima; Taman Sungai Sekamat; Kampung Simpang Balak dan Rumah Murah Simpang Balak.

Selain itu, Taman Koperasi Cuepacs; Taman Desa Baru; Taman Mesra; Jalan Cheras Kajang Batu 12 hingga 14; Kampung Paya; Taman Kasih; Taman Sekamat Indah; Kampung Sungai Sekamat; Taman Muhibbah; Kampung Sungai Jernih; Taman Cheras Prima; Kampung Baru Cina Batu 11 Cheras; Taman Indah dan Kampung Sungai Ramal Dalam. 

Turut terjejas Kampung Sungai Ramal Baru; Kampung Sungai Ramal Luar; Desa Meringin; Taman Ramal Indah; Desa Surada; Kawasan Perindustrian Bukit Angkat; Bukit Angkat; Kawasan Perindustrian Sungai Chua; Kampung Baru Sungai Chua Jalan 19 hingga 27; Taman Cendana; Taman Muhibbah; Kampung Jambu; Taman Majlis Jaya dan Taman Kajang Baru Sungai Chua.

Selain itu, Taman Pinggiran Sungai Chua; Taman Sri Kota; Taman Bunga Raya; Taman Cheras Permai; Kampung Melaka; Kampung Sungai Raya Batu 9; Kampung Baru Cina Batu 9; Mahkota Cheras Jalan Panglima dan Persiaran Mahkota Residence; Taman Sri Raya; Taman Prima Suria dan Taman Putri Jaya.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan orang ramai membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan bekalan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

Orang ramai boleh menggunakan aplikasi mySYABAS untuk maklumat lanjut dengan memuat turun ke telefon pintar melalui Google Playstore dan Appstore  secara percuma.-- Bernama


air, Syabas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain