suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Dua belas kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini berbanding empat kawasan yang dicatatkan pada 9 malam Jumaat.

Kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat didahului Nilai (134) yang mencatat bacaan IPU tertinggi, diikuti Seremban (130), kedua-duanya di Negeri Sembilan; Pelabuhan Klang, Selangor (128); Shah Alam, Selangor (120); Bukit Rambai, Melaka (119) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (117).

Putrajaya dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan IPU 117; Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 108 serta Pasir Gudang di Johor 107 dan Port Dickson di Negeri Sembilan 106.

Sejumlah 28 kawasan pagi ini mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Cheras (96) diikuti Larkin Lama dan Kota Tinggi, Johor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 95 dan 89; Kuala Selangor (83), Muar, Johor (83); Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (81).

Sementara itu, 13 kawasan mencatatkan IPU sihat antaranya Sarikei, Sarawak mencatatkan bacaan 50; Sandakan, Sabah (47); Sibu, Sarawak dan Sekolah Menengah Tanjung Chat, Kota Baharu, Kelantan masing-masing mencatatkan bacaan IPU (45); Miri, Sarawak (43) dan Keningau di Sabah (39).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
 orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
IPU, jerebu

Artikel Lain