suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NGO Bidas Guan Eng Berhubung Internet Berkelajuan Perlahan

Lim Guan Eng
KOTA KINABALU: Para pemimpin DAP harus berhenti memutarbelitkan kenyataan dan mengkritik apa sahaja yang dilakukan kerajaan  untuk rakyat, kata sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, ketua Media Teens Consumer Group yang berpusat di Sabah, Zeno Abdullah Roben membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kerana memuterbelitkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang berkata rakyat Malaysia lebih suka kepada  internet berkelajuan perlahan.

Zeno berkata ramai orang marah dengan komen Guan Eng yang bersifat kasar dan juga tindakan DAP yang mempolitikkan kenyataan yang dibuat oleh menteri-menteri.

"Kami tahu DAP suka mengkritik kerajaan Barisan Nasional tetapi di Sabah mereka menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat kerana sifat keangkuhan parti itu (DAP)," kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain