suria

15 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 10 Malam Khamis

Bandaraya Kuala Lumpur kelam diliputi jerebu teruk dengan jarak ketampakan amat terbatas daripada atas Menara Kuala Lumpur, Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kawasan seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam Khamis dengan bacaan tertinggi di Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu 130.

Menurut Portal Jabatan Alam Sekitar pada malam Khamis, kawasan lain ialah Bukit Rambai (125), Pelabuhan Klang (123), Bandaraya Melaka (121), Pasir Gudang (119), Shah Alam, Banting, dan Nilai (115).

Turut mencatat IPU tidak sihat ialah Kota Tinggi (112), Seremban dan Putrajaya (111), Batu Muda, Kuala Lumpur (110), Larkin Lama (108), Petaling Jaya (105) dan Samarahan (101).

Sebanyak 27 kawasan mencatat IPU sederhana termasuk Kuala Selangor (92) yang petang Khamis mencatatkan bacaan tidak sihat; Sri Manjung (89), Seberang Jaya 2 (81), Cheras, Kuala Lumpur (97), Kampung Air Putih, Taiping (79), Jerantut (80) dan Perai (71).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

jerebu, ipu, jabatan alam sekitar

Artikel Lain