suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Khir Tiba Di Mahkamah Untuk Keputusan Hukuman

Dr Mohamad Khir Toyo.

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo tiba di Mahkamah Persekutuan di sini untuk mendengar pengumuman keputusan hukuman yang akan dijalaninya selepas beliau gagal mengetepikan sabitan atas kesalahan rasuah.

Mahkamah dijangka membuat keputusan itu pada 1.30 tengah hari.

Pada 22 September lalu, panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengekalkan sabitan terhadap Dr Mohamad Khir tetapi menangguhkan keputusannya berkaitan hukuman kepada 29 September.

Dr Mohamad Khir, bapa enam anak, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan atas pertuduhan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Mahkamah Persekutuan turut mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya hartanah terbabit dilucuthak dan diserahkan kepada kerajaan.

Khir Toyo, rasuah

Artikel Sebelum

Khir Toyo Dipenjara Setahun

Artikel Berikut

Artikel Lain