Gantung The Edge: Mahkamah Tetapkan 13 Oktober Nilai Ganti Rugi - Semasa | mStar

Gantung The Edge: Mahkamah Tetapkan 13 Oktober Nilai Ganti Rugi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 13 Oktober depan untuk memutuskan penilaian ganti rugi terhadap semakan kehakiman The Edge Communications Sdn Bhd berhubung penarikan balik permit dua akhbar penerbitannya.

Pada Selasa, mahkamah turut menetapkan tarikh yang sama untuk membuat keputusan mengenai permohonan penangguhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Pada 21 September lalu, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan keputusan KDN untuk menggantung dua penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd.

Selain itu KDN diarahkan untuk membayar RM15,000 sebagai kos kepada syarikat penerbitan berkenaan.

Sebelum ini KDN menggantung permit penerbitan selama tiga bulan terhadap The Edge mulai 27 Julai lalu.


The Edge , KDN

Artikel Sebelum

Ringgit Terus Susut Berbanding Dolar AS

Artikel Berikut

Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Menurun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain