suria

Jerebu: Johor Bina Empat Lagi Stesen Ukur IPU Tahun Depan

JOHOR BARU: Empat lagi stesen ukur Indeks Pencemaran Udara (IPU) akan dibina di beberapa lokasi di negeri ini pada tahun depan.

"Daerah yang tidak mempunyai stesen ukur IPU perlu bergantung kepada bacaan IPU mudah alih yang tidak begitu tepat," kata Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata buat masa ini Johor mempunyai empat stesen sedia ada.

"Pada April tahun depan, kami akan membina empat lagi stesen yang akan memberi bacaan IPU lebih tepat apabila jerebu melanda," katanya.

Ayub berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan progam "No Obesity" yang diadakan di SK Kempas dekat sini.

IPU, jerebu, Johor

Artikel Lain