suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertemuan Wisma Putra-Dr Huang Sedang Berlangsung

Dr Huang Huikang.

PUTRAJAYA: Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang sedang mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin yang memangku tugas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di sini.

Pertemuan itu diadakan kerana kerajaan Malaysia memohon penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat semasa lawatan beliau ke Petaling Street pada Jumaat lalu.

Seorang pegawai berkata mesyuarat tersebut diadakan di pejabat Hamzah di sini.

Dr Huang tiba di pejabat Hamzah kira-kira pukul 11.40 pagi Isnin.

"Kami mahu mendengar daripada beliau dan berharap mesyuarat itu akan menjelaskan isu tersebut," kata seorang pegawai.

Dr Huang dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan demonstrasi di Petaling Street.

"Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme," katanya kepada pemberita semasa lawatan ke Petaling Street.


Dr Huang Huikang, duta China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain