suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

R&R Machap (Arah Utara) Ditutup Rabu Ini - PLUS

PETALING JAYA: Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap (Arah Utara) di KM75, Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditutup pada Rabu untuk kerja penyelenggaraan.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, penutupan tersebut akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang Rabu ini.

Sehubungan itu, semua kemudahan awam sedia ada di R&R terbabit ditutup kepada orang ramai bagi membolehkan kerja penyelenggaraan tersebut dijalankan.

Walau bagaimanapun, beberapa kemudahan seperti tandas awam, surau dan stesen minyak masih dibuka seperti biasa kepada orang ramai.

"PLUS mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama semua pelanggan lebuh raya," demikian menurut kenyataan tersebut.

R&R Machap, PLUS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain