suria

Jerebu: Kementerian Pendidikan Pantau, Jamin Keputusan Awal

PETALING JAYA: Satu pengumuman akan dibuat jika sekolah perlu ditutup akibat jerebu yang semakin buruk, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Beliau berkata, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta kementerian untuk memantau keadaan jerebu.

"YBDS @MahdzirKhalid meminta @KemPendidikan membuat pengumuman awal berkaitan dengan keadaan jerebu semasa. Akan dimaklumkan tidak lama lagi," tulis Kamalanathan di Twitternya pada pagi Ahad.

Sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka telah ditutup pada 15 September lalu selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan meningkat kepada hampir 200.

Keadaan jerebu semakin membimbangkan setakat 10 pagi ini dengan empat kawasan merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Shah Alam mencatatkan IPU tertinggi 279, diikuti Pelabuhan Klang (255), Batu Muda, Kuala Lumpur (250) dan Petaling Jaya (226).

Jerebu, P Kamalanathan

Artikel Sebelum

Mayat Lelaki Dalam Bagasi

Artikel Berikut

Artikel Lain