suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perniagaan Di Petaling Street Berjalan Seperti Biasa

KUALA LUMPUR: Aktiviti perniagaan pada Sabtu berjalan seperti biasa di Petaling Street walaupun perhimpunan 'baju merah' sekali lagi dikatakan dirancang untuk diadakan di kawasan berkenaan.

Beberapa peniaga dilihat membuka perniagaan mereka seawal pukul 10 pagi, dengan pelancong dan pembeli juga dilihat berada di sana.

Turut dilihat ialah sekumpulan anggota polis dalam jumlah yang agak ramai dan beberapa trak pasukan keselamatan itu berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Dilaporkan bahawa perhimpunan 'baju merah' yang dirancang untuk diadakan hari ini mengalami masalah selepas Datuk Jamal Md Yunos iaitu individu yang bertanggungjawab mengeluarkan amaran rusuhan di Petaling Street ditangkap pada Jumaat.

Selain itu individu lain iaitu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju turut membatalkan niatnya untuk 'menyerang Petaling Street setiap minggu'.

Jamal, Ketua Umno Sungai Besar ditangkap oleh pasukan polis dari Balai Polis Dang Wangi pada pukul 9 malam Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa Jamal ditangkap di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ancaman yang didakwa beliau menyebabkan rusuhan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain