suria

Empat Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR: Empat kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi Sabtu, dengan Balok Baru di Pahang mencatatkan bacaan tertinggi 128.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, tiga kawasan lain ialah Kemaman, Terengganu (127), Indera Mahkota, Pahang (116) dan Bandaraya Melaka (109).

Sejumlah 33 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk di Paka (97), Larkin Lama (92), Pasir Gudang (88), Muar (81) dan Kuala Terengganu (80).

Sementara itu, 14 kawasan mencatatkan bacaan IPU sihat antaranya di Tawau (50), Seberang Jaya 2 dan Perai masing-masing 49, Seri Manjung (36), Alor Setar (24) dan Kangar (20).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Jerebu, IPU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain