suria

Perhimpunan Di Petaling Street Dibatalkan - Ali Tinju

PETALING JAYA: Perhimpunan 'baju merah' kedua yang dirancang di Petaling Street telah dibatalkan di atas nasihat pihak berkuasa, kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Ali Tinju yang mengakui merupakan salah seorang penganjur perhimpunan pada Sabtu berkata, pembatalan itu bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak balas terhadap tuntutan supaya lebih ramai peniaga Melayu dibenarkan menjalankan perniagaan di Petaling Street.

Beliau bagaimanapun tidak menjamin bahawa tiada perhimpunan berlaku walaupun telah diumumkan mengenai pembatalan itu, sambil menambah beliau tidak terlibat dalam mana-mana tunjuk perasaan sekiranya berlaku.

Terdahulu, polis menahan penganjur perhimpunan 'baju merah', Datuk Jamal Md Yunos pada malam Jumaat.

"Kita tahan beliau di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah untuk mengelakkan jenayah daripada berlaku berhubung kenyataan yang didakwanya bahawa rusuhan akan berlaku di Petaling Street," katanya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad kepada The Star Online.

Difahamkan, Jamal yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ditahan pada pukul 9 malam Jumaat. Beliau kini ditahan di balai polis Dang Wangi.

Ali Tinju, Petaling Street

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jamal Yunos Ditahan

Artikel Lain