suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khairuddin Dimasukkan Ke Hospital Disyaki Demam Denggi

Khairuddin Abu Hassan.

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana disyaki menghidap demam denggi.

"Beliau ketika ini di bawah pemerhatian kerana disyaki menghidap demam denggi. Beliau tidak dibenarkan menerima pelawat dan saya akan tahu esok sekiranya saya boleh jumpa beliau esok," kata peguamnya, Matthias Chang.

Khairuddin ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau pertama kali ditahan di kediamannya di Mont Kiara pada Jumaat lalu.

Khairuddin ditahan semula pada Rabu lalu di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas beliau dibebaskan daripada reman enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata, polis akan merujuk perkara itu kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut selepas menyelesaikan siasatan mereka di bawah Sosma.


Khairuddin Abu Hassan

Artikel Sebelum

Artikel Lain