suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu: 21 Penerbangan Di Johor Dibatalkan

Keadaan jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor pada Jumaat.

KULAI: Sebanyak 21 penerbangan domestik dan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini dibatalkan berikutan keadaan jerebu pada Jumaat.

Ketua pegawai operasi lapangan terbang itu, Noor Safura Suib berkata, penerbangan dibatalkan berikutan jarak penglihatan yang terhad.

"Jarak penglihatan direkodkan antara 50 meter dan 300 meter dari pukul 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi mengakibatkan beberapa penerbangan terpaksa dibatalkan," katanya kepada The Star ketika ditemui di sini.

Beliau menambah, hanya lima penerbangan dibenarkan untuk berlepas pada sebelah tengah hari apabila keadaan bertambah baik.

"Tidak pasti berapa lama keadaan ini akan berterusan tetapi para penumpang telah diberikan bantuan termasuk pengangkutan untuk menghantar mereka ke hotel berdekatan," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain