suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letup Mesin ATM, Tapi Gagal Larikan Wang

KUALA LUMPUR: Dua individu dipercayai meletupkan dua buah mesin juruwang automatik (ATM) milik sebuah bank di Taman Midah di sini pagi Jumaat, namun mereka tidak dapat melarikan wang yang terdapat dalam mesin tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, dalam kejadian 4.19 pagi itu, separuh daripada dinding kaca bilik yang menempatkan mesin ATM tersebut turut pecah.

Beliau berkata kejadian tersebut disedari pengawal keselamatan yang berada  dalam ruang pejabat bank berkenaan yang ternampak dua lelaki dalam lingkungan 20-an sedang melakukan sesuatu kepada mesin berkenaan.

"Pengawal keselamatan itu kemudiannya menghubungi pihak polis dan pada masa yang sama dia terdengar bunyi letupan dan alat penggera di bank itu segera berbunyi. Pengawal tersebut kemudiannya melihat kedua-dua suspek melarikan diri," katanya.

Chong berkata pemeriksaan kemudiannya mendapati tiada wang dalam mesin yang rosak itu hilang.-- Bernama

ATM, Taman Midah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain