suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Md Yunos Beri Amaran Satu Lagi Demo Di Petaling Street Sabtu Ini

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos memberi amaran kemungkinan bakal berlaku "kekecohan lain" di Petaling Street jika tuntutan penunjuk perasaan 'baju merah' tidak dipenuhi.

"Jika pihak berkuasa tidak ambil tindakan, saya 99 peratus yakin bahawa satu lagi perhimpunan akan diadakan malah rusuhan juga akan berlaku di sana," katanya kepada pemberita di Balai Polis Ampang Jaya pada Rabu.

Beliau hadir bagi membuat laporan berhubung tuduhan terhadapnya di media sosial dan Whatsapp.

Jamal berkata, beribu-ribu penunjuk perasaan yang hadir ketika perhimpunan di Petaling Street pada 16 September lalu mungkin akan kembali membantah di kawasan perniagaan itu Sabtu ini.

Antara tuntutan kumpulan itu adalah supaya Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan bertindak terhadap dakwaan penjualan barangan tiruan di Petaling Street, peniaga berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan berhenti memonopoli di kawasan itu.

"Terpulang kepada pihak berkuasa jika mereka tidak mengambil tindakan selewat-lewatnya Jumaat. Jika kekecohan berlaku, saya tidak bertanggungjawab," katanya.

Jamal bagaimanapun enggan menjawab sama ada beliau telah mengadakan perbincangan dengan persatuan penjaja Petaling Street.

Kumpulan penunjuk perasaan 'baju merah' dijangka bertemu Jamal, selaku Pengerusi Gabungan NGO Melayu untuk mengadakan perbincangan lanjut pada Khamis.

Jamal Md Yunos, Petaling Street

Artikel Lain