suria

Cinta Kepada Kaum Melayu Tidak Jadikan Saya Rasis - Annuar Musa

Annuar Musa.

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan beliau bersikap rasis berdasarkan prinsip Islam yang diucapkan pada perhimpunan baju merah 16 September lalu telah diputar-belitkan.

Katanya, beliau bersetuju bahawa Islam tidak menggalakkan amalan perkauman dan menjelaskan ia hanyalah naluri semula jadi untuk bangsa sendiri yang tidak semestinya menjadikan seseorang bersifat perkauman.

"Jika orang mahu melabelkan saya sebagai rasis semata-mata kerana saya mempunyai semangat kemelayuan yang tinggi, maka ya, saya rasis jika itu tafsiran yang anda mahu gunakan.

"Sebagai seorang yang membaca banyak buku dan menghadiri pelbagai ceramah, saya fikir saya mempunyai pemahaman yang agak baik mengenai apa sebenarnya rasisme," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Mara pada Rabu.

Annuar berkata amalan perkauman mempunyai konotasi negatif dan sering dikaitkan dengan permusuhan dan perpecahan di kalangan berbilang kaum.

Namun, beliau berkata Nabi Muhammad tidak melihat tindakan mencintai bangsa sendiri lebih berbanding kaum lain sebagai satu kesalahan.

"Dalam Islam, istilah perkauman dipanggil asabiyah. Nabi Muhammad menyatakan dengan jelas bahawa sesiapa yang mengamalkan asabiyah bukan kaumnya," kata Annuar.


Annuar Musa, Mara, Umno

Artikel Lain