suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Pekerja Maut Dalam Letupan Ketika Baiki Kapal

SANDAKAN: Seorang pekerja rentung dan dua lagi parah selepas berlaku letupan ketika mereka sedang membaiki kapal tangki minyak di sebuah bengkel di Jalan Lai Fook Kim, Batu 8 dekat sini Rabu.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 1.34 tengah hari.

Menurutnya sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati letupan berlaku di bahagian belakang kapal tersebut dan sedang terbakar.

Dua mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan, katanya di sini.

Beliau berkata seorang lagi mangsa dijumpai rentung di bahagian belakang kapal tersebut.

letupan, kapal

Artikel Lain