suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Di Seri Iskandar

- Gambar hiasan
IPOH: Seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan tidak berpakaian ditemui di laluan masuk ke Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang dekat Seri Iskandar, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Aziz Hassan berkata bayi berkenaan ditemui seorang penduduk yang melalui kawasan itu ketika menaiki motosikal untuk pulang ke rumahnya kira-kira 2.40 pagi.

"Lelaki itu mendengar bunyi tangisan bayi. Dia terkejut melihat seorang bayi atas rumput tanpa sebarang lapik diletak di tepi jalan," katanya ketika dihubungi Isnin.

Aziz berkata lelaki berkenaan kemudian memberitahu penduduk di sekitar kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.

Beliau berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Changkat Melintang sebelum dipindahkan ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

"Keadaan bayi sihat dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut," katanya.

Aziz berkata polis sedang mengesan suspek yang terlibat termasuk melakukan pemeriksaan di klinik ibu mengandung serta menyiasat beberapa kemungkinan lain. 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta melaporkannya kepada polis," katanya.
buang bayi, tali pusat, Aziz Hassan

Artikel Berikut

Artikel Lain