suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Baju Merah" Rempuh Sekatan Ke Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Ribuan peserta perhimpunan "baju merah" merempuh halangan yang dibentuk anggota polis di Jalan Bukit Bintang di sini.

Kekecohan tercetus susulan tindakan mereka merempuh halangan itu pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Tindakan beberapa peserta cuba menasihatkan rakan mereka supaya tidak merempuh halangan itu bagaimanapun tidak diendahkan.

Peserta perhimpunan itu berkumpul di Jalan Conlay memasuki Jalan Sultan Ismail apabila polis menyekat mereka daripada berarak di Jalan Bukit Bintang dari Lot 10.

Bagaimanapun, usaha polis untuk tidak membenarkan peserta perhimpunan memasuki kawasan Plaza Low Yat dipatuhi dan mereka berarak ke Jalan Pudu.

Bukit Bintang, baju merah

Artikel Lain