suria

Amanah Perkenal Logo, Dakwa Keahlian 30,000

SHAH ALAM: Parti Pekerja-Pekerja Malaysia secara rasmi dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Bertemakan warna jingga, Amanah yang diasaskan kumpulan bekas pemimpin progresif PAS juga buat pertama kali memperkenalkan logo, visi serta misi parti berkenaan.

Pelancaran tersebut disempurnakan Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu.

Terdahulu, Setiausaha penaja Amanah, Anuar Tahir berkata, jumlah terkini keahlian parti tersebut ialah seramai 30,018 orang.

Menggunakan slogan 'Harapan Baru', Amanah mempunyai visi untuk menjadi parti Islam utama di Malaysia sehingga wujudnya negara yang adil untuk semua.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong serta Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain