suria

Demonstrasi Jalanan, Aib Pemimpin Bukan Penyelesaian - Najib

Najib (kanan) dan RS Thanenthiran pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-7 Parti Makkal Sakti di Kuala Lumpur, Ahad. Foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

KUALA LUMPUR: Demonstrasi jalanan dan tindakan mengaibkan pemimpin bukanlah demonstrasi jalanan dan tindakan mengaibkan pemimpin bukanlah jalan penyelesaian kepada sebarang masalah atau ketidakpuasan hati rakyat kepada negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita adalah rakyat yang cintakan negara. Bila kita cintakan negara, kita tidak akan buat sesuatu yang ekstrem. Malah lebih rasional dan waras dalam semua tindakan," katanya pada majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Ke-7 Parti Makkal Sakti di sini, Ahad.

Najib dalam ucapannya turut mengucapkan terima kasih kepada Parti Makkal Sakti yang terus menjadi rakan setia dan komited kepada Barisan Nasional (BN).

"Saya selaku pengerusi BN mengucapkan terima kasih kepada parti yang membantu kerajaan BN dalam pilihan raya dahulu, khususnya dalam usaha meningkatkan sokongan dan undi daripada masyarakat India," katanya.

Sambil mengakui kerja keras Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk RS Thanenthiran dalam melakukan pelbagai program untuk pembangunan masyarakat India, beliau berkata kerajaan berjanji untuk terus memberi sokongan dan bantuan kepada usaha itu.

"Saya mengambil maklum usul-usul yang dibawa Makkal Sakti. Bukan senang nak memuaskan semua dalam BN dan 'friends of BN'. Kita akan bantu setakat mampu untuk menjayakan apa yang kita boleh," katanya.

Artikel Sebelum

Aidiladha Disambut 24 September

Artikel Lain