suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bacaan IPU Tidak Sihat Meningkat Kepada 19 Kawasan

Jarak penglihatan di ruang udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) kabur dan terbatas ekoran dicemari jerebu yang semakin buruk pada Ahad. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kualiti udara yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 19 kawasan di Semenanjung dan Sarawak, petang Ahad.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 5 petang, empat negeri yang mencatat peningkatan bacaan IPU tidak sihat adalah Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, kawasan yang mencatat peningkatan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (161), Seremban (155), Sri Aman (110), Samarahan (128), Sarikei (101), Banting (168), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (115), Cheras (129), dan Putrajaya (156).

Sementara itu, kawasan yang mencatat bacaan IPU yang sama seperti setakat 2 petang Ahad, ialah Bandaraya Melaka (166), Port Dickson (160) dan Shah Alam (151).

Kawasan lain yang mencatat penurunan bacaan IPU adalah Pasir Gudang (105), Muar (147), Bukit Rambai (169), Kuching (118), Petaling Jaya (144) dan Batu Muda (131).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

jerebu, IPU

Artikel Lain