suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Tunggu Pengesahan Jemaah M'sia Terbabit Insiden Kren Tumbang

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam proses mendapatkan pengesahan jika ada jemaah Malaysia terbabit dalam kejadian kren tumbang yang dilaporkan berlaku di kawasan Masjidil Haram, Makkah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya dimaklumkan mengenai kejadian di Makkah yang mana ada kren jatuh di kawasan Masjidil Haram.

Kerajaan sedang mengesahkan jika ada jemaah Malaysia yang terbabit," kata beliau menerusi laman Twitternya awal pagi Sabtu.

Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji(TH) berkata kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.

Artikel Lain