suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makkah: Kerajaan Akan Beri Bantuan Kepada Jemaah M'sia Yang Cedera - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian kren tumbang di kawasan Masjidil Haram, Makkah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya difahamkan setakat ini 65 orang terkorban di Mekah. Al-Fatihah. Ada beberapa jemaah Malaysia cedera, bantuan akan diberi secepat mungkin," katanya dalam Twitternya pada pagi Sabtu.

Kejadian dipercayai berlaku semasa hujan lebat kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Wartawan Bernama yang membuat liputan haji menerusi program Tabung Haji(TH) berkata, kejadian hujan lebat itu dipercayai kali keempat berlaku dalam tempoh sebulan.

Artikel Lain